Jangan sekadar merancang simpanan masa hadapan, rancang juga pembelian dan penggunaan duit!

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 1,439 Viewer 09 May, 2024 12:54 PM

DUIT TIDAK BERGUNA JIKA TIDAK DITUKARKAN MENJADI BARANGAN ATAU SERVIS

 Bila bercakap mengenai matlamat kewangan, kita sering menyentuh kepada 2 perkara utama:

  1. Bagaimana nak tambah pendapatan?
  2. Bagaimana nak menambahkan jumlah wang didalam simpanan?

Perkara yang lebih utama dan kita sering lupakan adalah "bagaimana nak pastikan duit kita mencukupi?". Sedangkan inilah sebab utama kita merancang kewangan. Apabila cukup yang menjadi persoalan, maka perlu kita lihat juga mengenai pembelian atau bagaiamana kita menggunakan duit.

-----------


Masa dahulu, sekarang, dan hadapan

Secara dasarnya, kita menyimpan dengan 1 tujuan utama: UNTUK KEGUNAAN MASA HADAPAN. Kegunaan masa hadapan ini datang dalam pelbagai kategori, antara yang popular adalah:

  1. Persaraan
  2. Rumah idaman 
  3. Memulakan perniagaan
  4. Perubatan
  5. Kecemasan

Kadang-kadang kita terlalu obses memikirkan masa hadapan sehingga terlupa mengenai masa sekarang. Sedangkan, fokus paling penting dalam hidup apabila berkaitan masa adalah SEKARANG. Kita tidak boleh hidup di masa lalu, atau dimasa hadapan. Kita sedang hidup di masa SEKARANG.

“Stress is caused by being “here” but wanting to be “there,” or being in the present but wanting to be in the future.”
― Eckhart Tolle, The Power of Now

Maksudnya, diri kita yang sekarang memerlukan untuk kita menggunakan duit kita, dan diri kita dimasa hadapan mungkin memerlukan duit simpanan kita yang sekarang. 

Pening? Senang cerita, kena seimbangkan perbelanjaan, dan simpanan mengikut pendapatan kita sekarang.

Sebagai contoh, untuk percutian:

Ketika muda, kita mampu untuk melakukan pelbagai aktiviti percutian seperti menyelam skuba, mendaki gunung, terjun bungee, dan sebagainya. Cuma kita mungkin terhad dari segi masa dan duit untuk pergi ke pelbagai tempat menarik didunia ini.

Ketika tua pula, kita mungkin mampu dan ada masa untuk mengelilingi dunia. Tetapi aktiviti percutian kita terhad kepada sightseeing sahaja kebanyakkannya kerana tenaga dan ketahanan fizikal yang berkurangan.

Sesuatu yang pasti adalah, jikalau kita tidak membelanjakan sebahagian duit untuk bercuti sekarang, tinggi kebarangkalian kita tidak akan merasai aktiviti percutian tersebut untuk seumur hidup anda.

--------

Kemana kami nak bawa anda?


Kami ingin menyarankan anda untuk mengubah mindset mengenai duit. Kita perlu ada duit simpanan, tapi kita tidak perlu obses dengan matlamat jumlah duit yang kita mahukan untuk berada di dalam akaun kita. Ini kerana, duit hanyalah helaian kertas bernombor, ataupun nombor yang disimpan didalam akaun anda.

Pendek kata, duit tidak berguna jika tidak digunakan. Kerana duit hanyalah currency (a medium of exchange for goods and services). Duit tidak ada kegunaan jika tidak ditukarkan kedalam barangan atau servis. Kalau anda seorang yang beriman, anda pasti yakin duit yang diinfaqkan adalah sebaik-baik dagangan.

Surat Fatir Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 


Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).


Ubah mindset matlamat simpanan anda!


Jangan menyimpan duit kerana hendak ada RMxxxx di dalam akaun simpanan. Ini akan menjadikan anda seorang yang bakhil! Ubah matlamat kepada apakah perkara yang hendak ditukarkan dengan duit anda itu. 


Oleh itu, apabila merancang, jangan merancang duit simpanan, tapi ubah kepada merancang pembelian ataupun kegunaan. Kita sering membuat silap dengan merancang "macam mana nak tambah pendapatan" dan "macam mana nak simpan / laburkan duit".

Tapi kita sering terlupa dengan satu lagi perancangan yang penting iaitu "macam mana aku nak berbelanja?".

Kerana perbelanjaan itulah aktiviti dimana duit berubah daripada helaian kertas menjadi seusatu yang bermanfaat. 


Berbelanja bukan alasan untuk menjadi boros!

Kami nasihatkan untuk fikir mengenai perbelanjaan. Maksud kami, rancanglah sebelum berbelanja. Jauhi hutang dan riba' kerana perbuatan ini bermaksud anda telah mencuri dari masa hadapan anda.


Disinilah kami lihat bahawa konsep layby yang digunapakai oleh negara maju yang lain sangat berguna. 

  1. Memastikan anda mampu membeli barangan berkualiti (yang biasanya lebih mahal)
  2. Tidak menggunakan sejumlah duit yang banyak sekali gus (jaga cashflow) - Duit perlu diseimbangkan untuk kegunaan lain seperti makananan, bil-bil, dan lain-lain perkara
  3. Buat bayaran secara ansuran tanpa perlu berhutang (habis bayar dapat barang - seperti kutu)


Ingat, jangan terlalu obses dengan masa hadapan. Jangan terlalu obses dengan perancangan wang simpanan. Kita perlu hidup untuk hari ini dan sekarang, dan merancang kegunaan duit itu sama penting dengan merancang cara mencukupkan duit.